Latar belakang keluarga Luna_Lovegood

Walaupun keturunan darah sihir Luna tidak pernah diceritakan, kebarangkalian besar ibu bapanya adalah ahli sihir: bapanya penyunting The Quibbler, dan dia mengatakan yang ibunya ahli sihir yang hebat. Hal tersebut tidaklah menunjukkan dia berdarah sihir tulen kerana kebarangkalian yang salah seorang atau kedua-duanya adalah kelahiran Muggle atau berdarah campuran dengan ibu atau bapa Muggle. J.K. Rowling telah menyatakan, untuk dipertimbangkan sebagai berdarah tulen, nenek dan datuknya haruslah ahli sihir. Maka, jika kedua-duanya berkelahiran Muggle, Luna mungkin berstatus kelahiran Muggle.

Luna mengatakan yang mendiang ibunya merupakan "ahli sihir yang luar biasa" yang "suka membuat uji kaji". Ibunya mati apabila sau daripada sihirnya "tak menjadi". Luna mengatakannya dengan tenang yang kematian ibunya adalah "dahsyat" dan mengakui dirinya masih merasakan kesedihan tetapi menyedari yang dia masih mempunyai seorang ayah. Disebabkan Luna menyaksikan kematian ibunya ketika berumur sembilan tahun, dia mampu menyaksikan testral sejak mula dia tiba di Hogwarts.

Luna dan keluarganya tidak muncul hinggalah Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, tetapi dalam Harry Potter dalam Piala Api nama keluarga Lovegood disebutkan tinggal berhampiran kawasan Burrow (rumah keluarga Weasley), seperti juga keluarga Fawcett dan keluarga Diggory. Perkampungan terdekat dengan The Burrow ialah Ottery St. Catchpole, Devon, dan ketiga-tiga keluarga sihir itu mungkin tinggal di sana atau berhampiran dengannya. Tidak dinyatakan bahawa kelularga tersebut adalah keluarga Luna tetapi J. K. Rowling tidak pula menyangkal sama sekali, malah boleh dikatakan keluarga Lovegood yang tinggal berhampiran Burrow bukanlah Luna mahupun bapanya tetapi bersaudara dengan mereka.